Kuala Gula Bird Sanctuary
“ Hutan Paya Bakau Kuala Gula adalah merupakan gugusan hutan paya bakau yang meliputi hutan paya bakau Larut Matang yang terdiri dari hutan paya bakau seperti pokok Api-Api "Avicennia spp" dan pokok Bakau "Rhizopora spp". Apa yang menjadi keistimewaan hutan paya bakau ini ialah keadaan sekelilingnya yang dipenuhi dengan habitat semulajadi yang mempesonakan dan sedap mata memandang.
Jika anda adalah salah seorang daripada peminat burung, kawasan perlindungan burung Kuala Gula adalah destinasi yang sesuai untuk anda. Lebih 160 spesis burung eksotik, sesetengahnya disenaraikan sebagai burung yang dilindungi, boleh dilihat di kawasan ini. Salah satunya adalah burung Bangau Putih yang hampir pupus.
Jika anda adalah salah seorang daripada peminat burung, kawasan perlindungan burung Kuala Gula adalah destinasi yang sesuai untuk anda. Lebih 160 spesis burung eksotik, sesetengahnya disenaraikan sebagai burung yang dilindungi, boleh dilihat di kawasan ini. Salah satunya adalah burung Bangau Putih yang hampir pupus.
Sepanjang bulan September hingga Disember, beribu- ribu jenis burung dari serata pelusuk dunia singgah di Kuala Gula dalam proses migrasi mereka menjadikan tempoh waktu ini masa yang sesuai untuk anda mengunjungi kawasan ini. Di antara spesis burung yang menarik adalah Burung Upih "Mycteria Cinerea" dan Burung Botak Kecil " Leptopilos Javanicus" yang datang dari kepulauan Siberia. Selain itu, Burung Camar Putih, Burung Tukang Kubur.
Kawasan Kuala Gula ini juga menjadi habitat kepada bermacam jenis haiwan darat & laut antaranya memerang, lotong, kera & ikan lumba- lumba. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri hidupan liar ini yang menjadi tarikan kepada pengunjung- pengunjung kawasan perlindungan burung Kuala Gula.”
Kuala Gula Bird Sanctuary telah memenangi kategori "Tarikan Pelancong Terbaik (Tarikan Alam Semulajadi)" semasa Malaysia Tourism Awards, satu anugerah berprestij menyampaikan kepada agensi-agensi dan organisasi-organisasi yang menyumbang untuk pembangunan pelancongan.
Terletak 10km daripada Pekan Kuala Kurau, Waterfront ini boleh dikatakan antara destinasi santai yang permai dan indah. Kawasan sekitarnya terdapat sawah padi dan tidak jauh dengan laut. Pantai Ban Pecah turut menjadi tumpuan utama kaki pancing. Ikan yang paling popular di kalangan kaki pancing di sini adalah ikan sembilang, siakap dan pari.
Jam Besar Parit Buntar
Ia dibina untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran yang cemerlang bagi semua penduduk-penduduk Parit Buntar. Jam menara ini telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Tanah Melayu pada 24 Ogos 1961.
Projek Pinggiran Sungai Kerian yang dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Jabatan Landskap Negara merupakan salah satu projek rekreasi pinggir sungai yang terbesar dibangunkan di Parit Buntar oleh Majlis Daerah Kerian.
Dari segi konsep reka bentuk pelan mempamerkan warisan tumbuhan dan menggabungkan karya ciptaan manusia dengan alam semula jadi serta gabungan elemen tradisional dan kontemporari. Ciri-ciri kolonial diterapkan dalam reka bentuk seperti ”window wall” yang menggunakan batu bata. Senibina Negeri Perak tetap diterapkan melalui wakaf yang mempunyai reka bentuk bumbung ”Limas Belanda”.
Berasaskan sosio budaya masyarakat dan menggunakan sumber-sumber tempatan dan ke arah landskap yang berfungsi, pihak MDK berharap pembangunan Taman Pinggiran Sungai Kerian berupaya menjadi pemangkin kepada keperluan tempat-tempat riadah bagi penduduk Bandar Parit Buntar dan sekitarnya.