DESA PERMAI

Homestay ini merupakan sebuah rumah teres dua tingkat empat bilik tidur. 2 bilik berhawa dingin (aircond). Terletak di Taman Kerian Permai iaitu sangat berhampiran Pusat Bandar Parit Buntar dan Hospital Parit Buntar dan berdekatan dengan USM Kampus Kejuruteraan dan MRSM Transkrian. Sangat sesuai untuk keluarga bersama rombongan perkahwinan, pertunangan, mengikuti kursus, pendaftaran/ konvokesyen, aktiviti pelajar di USM dan MRSM Transkrian dan sebagainya.

Kemudahan: Ruang tamu dan ruang dapur yang luas serta 4 bilik tidur yang dilengkapi katil kelamin dan 3 bilik air. Boleh parking 2 kereta dalam pagar. 
Kelengkapan lain: TV, Peti sejuk, Seterika, Set Sofa, Set meja makan, Set Kabinet Dapur , Set dapur gas,  4 set katil saiz Queen, almari pakaian, 6 buah kipas syiling (1 di setiap bilik, di ruang tamu dan di dapur), sejadah dan lain-lain. 
Kadar Sewa: RM230.00/malam